mari bertasbih bersama-sama saya

Showing posts with label 'abdullah. Show all posts
Showing posts with label 'abdullah. Show all posts

22 May 2010

Nyanyian dan wanita = HUKUM?

Pengertian Nyanyian

1) Meninggikan suara (bersuara dengan lantang dan jelas) yang disertai dengan pengulangan lirik sama ada mempunyai irama muzik atau tanpa irama.

2) Setiap individu yang meninggikan suaranya (menyebut dengan suara yang jelas dan lantang) dengan menyebut sesuatu perkara lantas diulang-ulang kalimah tersebut berulang kali, maka itu dikira nyanyian menurut masyarakat Arab.
(Abu Sulaiman Al-Khutobi)

3) Mengangkat suara (menyebut dengan jelas) dengan membaca syair.
(Fuqaha' Mazhab Syafi'e)

HUKUM LELAKI MENDENGAR NYANYIAN WANITA BUKAN MAHRAMNYA

"Kami telah menyebutkan bahawa nyanyian wanita ajnabiah untuk meraikan majlis-majlis yang membawa kepada kemaksiatan ataupun pendengar-pendengar nyanyian yang takut sekiranya mereka mendengar nyanyian dari penyanyi-penyanyi wanita akan menyebabkan berlakunya fitnah, maka di dalam kedua-dua situasi ini hukum nyanyian adalah haram. Adapun yang dimaksudkan dengan fitnah di sini ialah perkara-perkara yang ditegah oleh Islam. Sekiranya nyanyian hamba wanita itu dipersembahkan kepada tuannya, maka tidak berlakunya sebarang larangan daripada syara'. Maka keharusan mendengar nyanyian hamba wanita ini turut meliputi kepada lelaki-lelaki lain yang bukan tuan kepada si penyanyi wanita ini apabila tiada di sana perkara-perkara yang boleh menimbulkan fitnah".
(Imam Al-Ghazali)

DALIL YANG MEMBENARKAN LELAKI MENDENGAR NYANYIAN WANITA

1) Kisah dua jariah yang menyanyi di rumah RasululLah s.a.w. :-

Ibn Hajar Al-'Asqalani ketika menghuraikan hadis ini telah menyebutkan bahawa harus mendengar nyanyian hamba wanita dengan syarat nyanyian tersebut sunyi daripada unsur-unsur fitnah.

2) Kisah nazar seorang hamba wanita:-

Daripada Buraidah "RasululLah s.a.w. telah pergi berperang dalam satu peperangan. Setelah Baginda pulang dari peperangan, datang seorang hamba wanita berkulit hitamlantas berkata" : "Ya RasululLah! Sesungguhnya aku bernazar sekiranya Allah Taala mengembalikanmu dari peperangan dalam keadaan sejahtera, aku akan bermain kompang di hadapanmu dan menyanyi" Maka kata RasululLah s.a.w.: "Kalau kamu telah bernazar, maka pukullah (kompang sebagaimana kamu bernazar). Sekiranya tidak (bernazar) maka tidak perlulah (memukul kompang)."

Hadis ini berkaitan dengan masalah nazar. Sebagaimana kita ketahui, nazar tidak boleh dilaksanakan melainkan perkara yang dinazarkan itu bertepatan dengan syara'. Apabila RasululLah s.a.w. membenarkan hamba wanita itu menunaikan nazarnya, ini membuktikan bahawa nyanyian seorang wanita di hadapan lelaki yang bukan mahramnya adalah harus apabila tidak berlaku sebarang fitnah.

Gambar Hiasan

SYARAT DAN ETIKA YANG MENGHARUSKAN NYANYIAN WANITA

1) Isi nyanyian hendaklah bertepatan dengan kehendak Islam. Segala bentuk lirik nyanyian yang menyalahi syariat Allah S.W.T. adalah haram.


2) Penyampaian nyanyian hendaklah bertepatan dengan Islam. Islam mengharamkan segala bentuk nyanyian apabila si penyanyi mendedahkan aurat, melakukan gerak badan yang memberahikan atau si penyanyi mempersembahkan nyanyian dengan suara yang lucah yang boleh menyebabkan fitnah serta rangsangan nafsu yang kotor di kalangan penonton sekalipun lagu yang dinyanyikan adalah lagu-lagu yang baik.

3) Suasana majlis persembahan nyanyian hendaklah bertepatan dengan Islam. Percampuran di antara lelaki dan wanita yang bukan mahram tanpa sebarang sekatan dan had, majlis tari-menari di kalangan lelaki dan wanita yang juga buka
n mahram, berlakunya acara minuman keras dan seumpamanya merupakan faktor yang menyebabkan satu-satu agenda yang baik dari segi matlamat pada asalnya berubah menjadi satu bentuk penderhakaan kepada Allah S.W.T. lantaran maksiat yang mewarnai majlis tersebut.

4) Nyanyian yang ingin dipersembahkan hendaklah tidak berlebih-lebihan sehingga hak-hak dan kewajipan yang lain terabai seperti solat, hak mencari nafkah, menuntut ilmu dan sebagainya.

5) Setiap pendengar dan penonton adalah mufti kepada dirinya sendiri. Apabila satu-satu nyanyian adalah harus berdasarkan empat syarat yan
g telah disebutkan di atas, tetapi nyanyian itu telah menyebabkan penonton tersebut secara individu terangsang nafsunya lantas mengkhayalkan perkara-perkara yang tidak selayaknya difikirkan, maka ketika itu hendaklah si pendengar atau penonton tersebut menjauhi nyanyian tersebut disebabkan kesan negatif yang timbul di dalam dirinya sendiri. Konklusinya, setiap pendengar kepada satu-satu nyanyian yang halal adalah mufti kepada dirinya sendiri.


"Muzik merupakan satu fitrah yang dianugerahkan oleh Allah kepada manusia selaku khalifah Allah S.W.T. di atas muka bumi ini. Islam tidak datang untuk memerangi fitrah, tetapi Islam datang untuk memimpin dan menuntun fitrah agar tidak lari dari manhaj dan landasan Islam."

19 May 2010

Praktikal volume 1.

Dengan nama Allah yang maha pengasih dan maha penyayang....dia maha penyayang dari segala penyayang di luar sana...

hihi...citer praktikal di sarawak...memang dah lama sepatut dikeluarkan..barulah segar mcm goreng pisang panas...sapa nak beli goreng pisang dah sejuk...
kami praktikal di stesen pertanian kabuloh miri, sarawak. Bumi yang cukup subur dengan gerakan dakwah...kerana pemimpinnya lena dibuai mimpi mengumpul harta..nasib baik tidak mengumpul bini...cerita ni akan di sensasikan di volume akan datang...insyaAllah...

kami ditempatkan di sebuah rumah rehat, alhamdulillah masih utuh rumah ni...di rumah ini kami tidak dikenakan sebarang bayaran..termasuk bil air, eletrik...Allah nikmatnya..rezeki ini...alhamdulillah...
sebelah malam nyer pada hari berikutnya..rancang bersama tiga orang rakan ..." kita nak pe ek kat kawasan ni...nak dengar azan pun susah...."..lalu sebuah kelas tajwid dan solat jemaah pun dilakukan supaya anak2x kawasan itu mengenal siapa Tuhan mereka..generasi Rabbani...( siapa tahu maksudnya sila angkat tangan dan bagi tahu saya yer...)...alhamdulillah...
di sini ad sebuah surau ...yeah sebuah surau...walaupun ia sebuah surau ia adalah syiar Islam di bumi stesyen kabuloh ini...tapi malangnya...surau dikunci kerana tiada siapa yang mahu menggunakan surau untuk solat jemaah...ditakdirkan kami student praktikal semua perempuan...munkin silap kami tidak kreatif untuk melahirkan seorang muazin yang istiqomah...

Jarak surau ini dengan perumahan staf yang beragama islam cuma kurang 20 langkah...Allahu Allah. Tidak hairan, kawasan penempatan ini sering diganggu makhluk halus...tidak hairan gejala so-sial semakin parah di penempatan ini..sehingga lahir seorang bayi luar nikah..kata si pesalah "selama ni kami _____________. tak pernah pula dapat..kali ni dapat...."," nak buat macam mana kak..teruskan je lah"......( "O" ) !!...aiyark...

Nauzubillahiminzalik....

26 April 2010

ceritera saya

indahnya perkenalan itu....
kelmarin saya menjadi pengapit pada sepasang pasangan...hihi seronok...tapi saya malas nak layan..takut-takut aura jiwang masuk ke dalam hati...aha tak de sapa la yang boleh selamatkan saya ketika itu...

kegagalan saya dalam berbaitul muslim dengan seorang pemuda kampung sebenarnya bukan cerita sedih yang patut saya tangisi....rupa-rupanya ia merupakan satu unsur pembinaan semangat oleh Tuhan kita yang maha pengasihani....Allahu Allah.

Allah menghadirkan saya dalam sebuat ceritera cinta yang syarie...dimana saya mendapat keazaman untuk tidak memilih cinta sebelum nikah...best2x..
pada suatu malam, saya didatangi oleh seorang sahabat, pada mulanya hanya ingin bertanya perkembangan diri, tapi soalan berlanjutan kepada perkembangan diri seorang muslimah satu lagi....alhamduliLlah, satu langkah drastik diambil untuk menuju kealam yang lebih serius...

peristiwa ini berlanjutan sehingga mungkin 4 bulan lebih, strategi disusun ( sebelah pihak lelaki ) ..saya hanya menjadi pembuka rahsia dengan "senyuman paling manis untuk akak"...tapi pihak perempuan hanya melayan dengan penuh tanda tanya.
tanpa pengetahuan pihak sebelah lelaki, saya juga menyimpan rahsia yang sama dari pihak perempuan. bahasa tak moleknya...saya pemegang mohor besar pada kedua-dua belah pihak...dalam hati melonjak-lonjak gembira...rasa tak sabar nak bagitahu kedua-dua orang ni..rahsia itu...tapi tunggu dulu...saatnyer pasti datang...

pada bulan ketiga, sebelah pihak perempuan telah mengetahui isi hati lelaki dari seorang murabbi...dia bagitahu saya....saya bagi tahu pihak lelaki..."kakak dia dah tahu "..tapi pihak perempuan merasakan dirinya tidak layak....berdamping dengan seorang pejuang muda...setelah beberapa lama, setelah ditimbang-timbang, akhirnya dia setuju untuk menerima lamaran tersebut...alhamdulillah...
subuh hari tersebut sahabat lelaki saya hantar meseg pada saya " alhamdulillah dia terima..." seronoknyer...dulu sewaktu kecil saya tertanya-tanya kenapa orang tua cakap alhamdulillah bila pihak perempuan menyatakan persetujuan kepada lamaran pihak lelaki...rupa-rupanya begini perasaannyer...

*******************************************************************************

gambar hiasan

pasangan ini tidak pernah bercouple atau berdating, mereka hanya menyimpan perasaan di dalam hati...weeeee....saya seronok sangat bila terlibat dalam kisah ini....akhirnya mereka dapat disatukan tanpa palitan maksiat...bila saya dengar nasyid dari UNIC, entah saya pun tak ingat tajuk dia...terus menangis terharu ...wah sangat indah bila cinta disatukan atas kerana malu dan takut buat maksiat dihadapan Allah..

saya cuba bandingkan cinta pasangan bercouple dan cinta ini dan cinta selepas nikah....cinta pasangan bercouple penuh dengan kepalsuan dan lakonan. cinta ini ..penuh pengorbanan dan keikhlasan cinta pada landasan Illahi...pengorbanan nafsu ( haha padan muka nafsu )...cinta lepas nikah penuh dengan kasih sayang...

saya rasa tak de orang paham citer saya ni....tp saya bersyukur pada Tuhan, kerana melibatkan saya dalam ciretera indah ini....semoga ia menjadi bekalan semasa bertemu Mu, ya Allah.

18 April 2010

First of all










Assalamu`alaikum..

selamat berkenalan semua...

kehadiran saya disini adalah kerana ingin beribadat pd Allah swt. pesanan buat diri "buat lah sesuatu untuk kebahagiaan di akhirat...dan dunia ini adalah lapangan usaha"..

selamat berkongsi maklumat tuk membawa keamanan pada dunia demi kesejahteraan akhirat.

insyaAllah moga2x Allah melapangkan jalan kita untuk mati dalam iman.

dah dekat kan mase tu?