mari bertasbih bersama-sama saya

01 June 2010

Segera putuskan hubungan malaysia - israel

Berikutan serangan Rejim Israel terhadap konvoi misi kemanusiaan ke Gaza, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mendesak kerajaan Malaysia segera memutuskan hubungan dengan rejim ‘pengganas’ Israel.

Pengerusinya, Shazni Munir Mohd Ithnin dalam laman sosial Facebook menyatakan pendirian menggesa kerajaan Malaysia untuk agresif, proaktif & mengambil langkah berani untuk menangani isu serangan Israel ke atas rakyat Malaysia di perairan Gaza.

“Mahasiswa mendesak kerajaan Malaysia tidak hanya sekadar stereotaip dengan berpendirian ‘mengutuk sekeras-kerasnya’ & ‘kami akan bertindak’ dalam hal ini” tegasnya.

Mengulas hal ini, Mohd Ridzuan Othman selaku Setiausaha Gerakan yang mewakili solidariti mahasiswa itu berkata mahasiswa menggesa agar kerajaan Malaysia segera memutuskan hubungan dengan Israel.

“Sewajarnya Kerajaan Malaysia segera membatalkan kontrak di antara Malaysia dan International Advisory Council (APCO) yang merupakan konsultan yang mempunyai kaitan jelas dengan Israel.” ujarnya.

Beliau dalam kenyataannya menyebut bahawa hubungan Malaysia-Israel ini menunjukkan bahawa Malaysia dalam diam ‘mengangguk’ sahaja melihat siri kekejaman yang dilakukan oleh Israel.

“Hubungan ini berpotensi menjejaskan aspek keselamatan negara dan juga menjejaskan nama baik negara. Israel dengan tindakannya tempoh hari secara langsung menguatkan lagi tanggapan buruk masyarakat dunia terhadap mereka.”

“Adakah Kerajaan Malaysia menanti untuk diserang baru mereka akan memutuskan hubungan dengan rejim pengganas tersebut?” soalnya.

Dalam pada itu, 20 mangsa yang meninggal dunia masih belum dapat dikenalpasti. 12 rakyat Malaysia termasuk 2 orang wartawan Astro Awani sehingga kini gagal dihubungi. -Mahasiswakini

26 May 2010

Penglibatan Mahasiswa Sah - Izzah Anwar

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar membantah sekeras-kerasnya pendakwaan 4 orang mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berhubung pendakwaan terlibat dalam kempen pilihanraya kecil Hulu Selangor baru-baru ini.

Beliau menegaskan, selaku rakyat Malaysia. mahasiswa berhak mengikuti dan terlibat dalam perkembangan politik serta isu semasa di negara ini, tambahan pula mereka yang didakwa, merupakan penuntut jurusan sains politik di universiti tersebut.

4 mahasiswa itu didakwa di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) UKM atas pertuduhan melakukan kesalahan menyalahi undang-undang seksyen 15(5)(a) Akta Universiti dan kolej Universiti 1971 ekoran terlibat dalam kempen pilihanraya kecil Hulu Selangor.

Menurut beliau lagi, selaku individu yang layak mengundi, penglibatan mereka juga adalah sah dan diiktiraf oleh Perlembagaan Persekutuan dan selaras dengan semangat demokrasi yang menggalakkan penglibatan rakyat dalam proses pembuatan keputusan dan pilihanraya tanpa membeza-bezakan rakyat berdasarkan umur.

" Saya menyeru pihak universiti menggugurkan dakwaan ke atas mahasiswa dan menghormati hak mereka untuk berpolitik dan terlibat dalam proses demokratik negara ini.

" Oleh itu saya turut menyeru agar AUKU 1974 dimansuhkan dan undang-undang yang dapat melindungi hak dan kepentingan mahasiswa di kampus turut digubal," katanya.

Nurul Izzah juga berharap peranan mahasiswa sebagai agen perubahan harus diiktiraf dan tidak disekat oleh kerajaan kerana mereka merupakan suara dan nadi masyarakat.

Banyakkan sujud jika mahu sesuatu

MUSLIM meriwayatkan daripada Rabi’ah bin Ka’ab, al-Aslami seorang khadam Rasulullah dan dia termasuk ahlus shuffah. Katanya: “Pernah aku bermalam bersama Rasulullah, lalu mengambilkan air untuk wuduk Baginda dan melayani keperluan Baginda lainnya. Setelah itu Baginda bersabda: Mintalah kepadaku.

Aku berkata: Aku memohon kiranya aku boleh menemani Tuan di dalam syurga kelak. Baginda berkata: Adakah permintaan selain itu? Aku menjawab: Hanya itu saja. Baginda bersabda: Jika begitu, perbanyakkanlah olehmu sujud, kerana dengan hanya memintanya kepadaku saja, hal itu mustahil terwujud.” (Hadis riwayat Muslim)

Sumber: Buku Ringkasan Riyadhus Solihin

24 May 2010

Arak dan judi


Assalamualaikum all,

Arak dan Judi HARAM... Kerana Dosanya Lebih Besar Dari Manfaatnya!

Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman:

Mereka bertanya kepada engkau (wahai Muhammad) tentang ARAK dan JUDI. Katakanlah: “Pada keduanya ada dosa (keburukan) yang besar dan manfaat kepada manusia. Namun dosa (keburukan) keduanya lebih besar dari manfaatnya” (Surah al-Baqarah, ayat 219)

Do'a Munajat Seorang Hamba:

Ya Allah, kami memohon perlindungan daripadaMu daripada habisnya usia sebelum habisnya siap sedia. Amiin”

22 May 2010

Nyanyian dan wanita = HUKUM?

Pengertian Nyanyian

1) Meninggikan suara (bersuara dengan lantang dan jelas) yang disertai dengan pengulangan lirik sama ada mempunyai irama muzik atau tanpa irama.

2) Setiap individu yang meninggikan suaranya (menyebut dengan suara yang jelas dan lantang) dengan menyebut sesuatu perkara lantas diulang-ulang kalimah tersebut berulang kali, maka itu dikira nyanyian menurut masyarakat Arab.
(Abu Sulaiman Al-Khutobi)

3) Mengangkat suara (menyebut dengan jelas) dengan membaca syair.
(Fuqaha' Mazhab Syafi'e)

HUKUM LELAKI MENDENGAR NYANYIAN WANITA BUKAN MAHRAMNYA

"Kami telah menyebutkan bahawa nyanyian wanita ajnabiah untuk meraikan majlis-majlis yang membawa kepada kemaksiatan ataupun pendengar-pendengar nyanyian yang takut sekiranya mereka mendengar nyanyian dari penyanyi-penyanyi wanita akan menyebabkan berlakunya fitnah, maka di dalam kedua-dua situasi ini hukum nyanyian adalah haram. Adapun yang dimaksudkan dengan fitnah di sini ialah perkara-perkara yang ditegah oleh Islam. Sekiranya nyanyian hamba wanita itu dipersembahkan kepada tuannya, maka tidak berlakunya sebarang larangan daripada syara'. Maka keharusan mendengar nyanyian hamba wanita ini turut meliputi kepada lelaki-lelaki lain yang bukan tuan kepada si penyanyi wanita ini apabila tiada di sana perkara-perkara yang boleh menimbulkan fitnah".
(Imam Al-Ghazali)

DALIL YANG MEMBENARKAN LELAKI MENDENGAR NYANYIAN WANITA

1) Kisah dua jariah yang menyanyi di rumah RasululLah s.a.w. :-

Ibn Hajar Al-'Asqalani ketika menghuraikan hadis ini telah menyebutkan bahawa harus mendengar nyanyian hamba wanita dengan syarat nyanyian tersebut sunyi daripada unsur-unsur fitnah.

2) Kisah nazar seorang hamba wanita:-

Daripada Buraidah "RasululLah s.a.w. telah pergi berperang dalam satu peperangan. Setelah Baginda pulang dari peperangan, datang seorang hamba wanita berkulit hitamlantas berkata" : "Ya RasululLah! Sesungguhnya aku bernazar sekiranya Allah Taala mengembalikanmu dari peperangan dalam keadaan sejahtera, aku akan bermain kompang di hadapanmu dan menyanyi" Maka kata RasululLah s.a.w.: "Kalau kamu telah bernazar, maka pukullah (kompang sebagaimana kamu bernazar). Sekiranya tidak (bernazar) maka tidak perlulah (memukul kompang)."

Hadis ini berkaitan dengan masalah nazar. Sebagaimana kita ketahui, nazar tidak boleh dilaksanakan melainkan perkara yang dinazarkan itu bertepatan dengan syara'. Apabila RasululLah s.a.w. membenarkan hamba wanita itu menunaikan nazarnya, ini membuktikan bahawa nyanyian seorang wanita di hadapan lelaki yang bukan mahramnya adalah harus apabila tidak berlaku sebarang fitnah.

Gambar Hiasan

SYARAT DAN ETIKA YANG MENGHARUSKAN NYANYIAN WANITA

1) Isi nyanyian hendaklah bertepatan dengan kehendak Islam. Segala bentuk lirik nyanyian yang menyalahi syariat Allah S.W.T. adalah haram.


2) Penyampaian nyanyian hendaklah bertepatan dengan Islam. Islam mengharamkan segala bentuk nyanyian apabila si penyanyi mendedahkan aurat, melakukan gerak badan yang memberahikan atau si penyanyi mempersembahkan nyanyian dengan suara yang lucah yang boleh menyebabkan fitnah serta rangsangan nafsu yang kotor di kalangan penonton sekalipun lagu yang dinyanyikan adalah lagu-lagu yang baik.

3) Suasana majlis persembahan nyanyian hendaklah bertepatan dengan Islam. Percampuran di antara lelaki dan wanita yang bukan mahram tanpa sebarang sekatan dan had, majlis tari-menari di kalangan lelaki dan wanita yang juga buka
n mahram, berlakunya acara minuman keras dan seumpamanya merupakan faktor yang menyebabkan satu-satu agenda yang baik dari segi matlamat pada asalnya berubah menjadi satu bentuk penderhakaan kepada Allah S.W.T. lantaran maksiat yang mewarnai majlis tersebut.

4) Nyanyian yang ingin dipersembahkan hendaklah tidak berlebih-lebihan sehingga hak-hak dan kewajipan yang lain terabai seperti solat, hak mencari nafkah, menuntut ilmu dan sebagainya.

5) Setiap pendengar dan penonton adalah mufti kepada dirinya sendiri. Apabila satu-satu nyanyian adalah harus berdasarkan empat syarat yan
g telah disebutkan di atas, tetapi nyanyian itu telah menyebabkan penonton tersebut secara individu terangsang nafsunya lantas mengkhayalkan perkara-perkara yang tidak selayaknya difikirkan, maka ketika itu hendaklah si pendengar atau penonton tersebut menjauhi nyanyian tersebut disebabkan kesan negatif yang timbul di dalam dirinya sendiri. Konklusinya, setiap pendengar kepada satu-satu nyanyian yang halal adalah mufti kepada dirinya sendiri.


"Muzik merupakan satu fitrah yang dianugerahkan oleh Allah kepada manusia selaku khalifah Allah S.W.T. di atas muka bumi ini. Islam tidak datang untuk memerangi fitrah, tetapi Islam datang untuk memimpin dan menuntun fitrah agar tidak lari dari manhaj dan landasan Islam."

21 May 2010

Malaysia bakal "muflis" pemimpin berwibawa

Baru-baru ini empat mahasiswa UKM telah dikenakan tindakan di bawah Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) kerana dituduh melanggar undang-undang universiti.

Arahan itu telah dikeluarkan oleh pihak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) susulan setelah mereka ditangkap oleh pihak polis di Hulu Selangor ketika Pilihanraya kecil berlangsung di sana.

Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN) telah membantah keras terhadap tindakan yang tidak bertanggungjawab dan bertentangan dengan norma demokrasi yang telah diamalkan di negara kita.

"Sebagai mahasiswa, mereka berhak berada di mana sahaja dan bebas untuk menyuarakan hak mereka.

"Tindakan yang dikeluarkan oleh pihak universiti itu jelas melanggar hak kebebasan bersuara di negara ini," kata Pengerusi Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional(MPMN), Muhammad Syafiq kepada erapakatan.

Menurut beliau, pihak Universiti harus sedar mahasiswa ialah aset dan agen perubah kepada kepimpinan negara, ini dilihat sebagai salah satu latihan sebelum menceburkan diri selepas keluar dari menara gading kelak.

Bagi Syafiq, jika mahasiswa disekat pemikiran dan perjuangan mereka, sudah pasti negara akan lumpuh dan ‘muflis’ kepimpinan yang berwibawa suatu hari nanti.

"Mereka tertuduh juga merupakan mahasiswa jurusan Sains Politik dan semestinya mereka perlu turun kelapangan untuk menyaksikan sendiri suasana politik Malaysia lagi-lagi ketika pilihanraya sedang berlangsung.

"Ini ialah salah satu praktikal dan latihan bagi mereka selaku mahasiswa jurusan Sains Politik," kata beliau lagi.

Syafiq yang mewakili MPMN mempersoalkan mengapa pihak universiti perlu mengenakan tindakan tersebut?

Bagi beliau hal ini jelas pihak pentadbiran Universiti menafikan hak kebebasan akademik.
Sehubungan itu, MPMN menggesa pihak Universiti menarik balik tindakan yang telah dikenakan ke atas mereka dan memuji tindakan mahasiswa yang mempraktikkan hak demokrasi.

MPMN juga akan terus memperjuangkan kes tersebut dengan segenap rupa dan cara untuk membela dan memperjuangkan hak mereka.

"Pihak universiti jangan cuba untuk memperbodoh dan menakut-nakutkan mahasiswa dengan tindakan yang telah dikeluarkan.

Pihak Universiti seharusnya bertindak lebih profesional dalam kes ini.

Tertuduh ialah Hilman Idham, Ismail Aminudin, Azlin Shafina adzha dan Woon King Chai.
Mereka akan dihadapkan ke Mahkamah Universiti pada 2 dan 3 Jun 2010. pihak MPMN mengharapkan dan menyeru kepada gerakan-gerakan kampus, NGO, ahli politik dan indvidu agar terus membela dan memperjuangkan mahasiswa yang jelas telah dicabuli hak mereka oleh pihak Universiti.

19 May 2010

Praktikal volume 1.

Dengan nama Allah yang maha pengasih dan maha penyayang....dia maha penyayang dari segala penyayang di luar sana...

hihi...citer praktikal di sarawak...memang dah lama sepatut dikeluarkan..barulah segar mcm goreng pisang panas...sapa nak beli goreng pisang dah sejuk...
kami praktikal di stesen pertanian kabuloh miri, sarawak. Bumi yang cukup subur dengan gerakan dakwah...kerana pemimpinnya lena dibuai mimpi mengumpul harta..nasib baik tidak mengumpul bini...cerita ni akan di sensasikan di volume akan datang...insyaAllah...

kami ditempatkan di sebuah rumah rehat, alhamdulillah masih utuh rumah ni...di rumah ini kami tidak dikenakan sebarang bayaran..termasuk bil air, eletrik...Allah nikmatnya..rezeki ini...alhamdulillah...
sebelah malam nyer pada hari berikutnya..rancang bersama tiga orang rakan ..." kita nak pe ek kat kawasan ni...nak dengar azan pun susah...."..lalu sebuah kelas tajwid dan solat jemaah pun dilakukan supaya anak2x kawasan itu mengenal siapa Tuhan mereka..generasi Rabbani...( siapa tahu maksudnya sila angkat tangan dan bagi tahu saya yer...)...alhamdulillah...
di sini ad sebuah surau ...yeah sebuah surau...walaupun ia sebuah surau ia adalah syiar Islam di bumi stesyen kabuloh ini...tapi malangnya...surau dikunci kerana tiada siapa yang mahu menggunakan surau untuk solat jemaah...ditakdirkan kami student praktikal semua perempuan...munkin silap kami tidak kreatif untuk melahirkan seorang muazin yang istiqomah...

Jarak surau ini dengan perumahan staf yang beragama islam cuma kurang 20 langkah...Allahu Allah. Tidak hairan, kawasan penempatan ini sering diganggu makhluk halus...tidak hairan gejala so-sial semakin parah di penempatan ini..sehingga lahir seorang bayi luar nikah..kata si pesalah "selama ni kami _____________. tak pernah pula dapat..kali ni dapat...."," nak buat macam mana kak..teruskan je lah"......( "O" ) !!...aiyark...

Nauzubillahiminzalik....

26 April 2010

ceritera saya

indahnya perkenalan itu....
kelmarin saya menjadi pengapit pada sepasang pasangan...hihi seronok...tapi saya malas nak layan..takut-takut aura jiwang masuk ke dalam hati...aha tak de sapa la yang boleh selamatkan saya ketika itu...

kegagalan saya dalam berbaitul muslim dengan seorang pemuda kampung sebenarnya bukan cerita sedih yang patut saya tangisi....rupa-rupanya ia merupakan satu unsur pembinaan semangat oleh Tuhan kita yang maha pengasihani....Allahu Allah.

Allah menghadirkan saya dalam sebuat ceritera cinta yang syarie...dimana saya mendapat keazaman untuk tidak memilih cinta sebelum nikah...best2x..
pada suatu malam, saya didatangi oleh seorang sahabat, pada mulanya hanya ingin bertanya perkembangan diri, tapi soalan berlanjutan kepada perkembangan diri seorang muslimah satu lagi....alhamduliLlah, satu langkah drastik diambil untuk menuju kealam yang lebih serius...

peristiwa ini berlanjutan sehingga mungkin 4 bulan lebih, strategi disusun ( sebelah pihak lelaki ) ..saya hanya menjadi pembuka rahsia dengan "senyuman paling manis untuk akak"...tapi pihak perempuan hanya melayan dengan penuh tanda tanya.
tanpa pengetahuan pihak sebelah lelaki, saya juga menyimpan rahsia yang sama dari pihak perempuan. bahasa tak moleknya...saya pemegang mohor besar pada kedua-dua belah pihak...dalam hati melonjak-lonjak gembira...rasa tak sabar nak bagitahu kedua-dua orang ni..rahsia itu...tapi tunggu dulu...saatnyer pasti datang...

pada bulan ketiga, sebelah pihak perempuan telah mengetahui isi hati lelaki dari seorang murabbi...dia bagitahu saya....saya bagi tahu pihak lelaki..."kakak dia dah tahu "..tapi pihak perempuan merasakan dirinya tidak layak....berdamping dengan seorang pejuang muda...setelah beberapa lama, setelah ditimbang-timbang, akhirnya dia setuju untuk menerima lamaran tersebut...alhamdulillah...
subuh hari tersebut sahabat lelaki saya hantar meseg pada saya " alhamdulillah dia terima..." seronoknyer...dulu sewaktu kecil saya tertanya-tanya kenapa orang tua cakap alhamdulillah bila pihak perempuan menyatakan persetujuan kepada lamaran pihak lelaki...rupa-rupanya begini perasaannyer...

*******************************************************************************

gambar hiasan

pasangan ini tidak pernah bercouple atau berdating, mereka hanya menyimpan perasaan di dalam hati...weeeee....saya seronok sangat bila terlibat dalam kisah ini....akhirnya mereka dapat disatukan tanpa palitan maksiat...bila saya dengar nasyid dari UNIC, entah saya pun tak ingat tajuk dia...terus menangis terharu ...wah sangat indah bila cinta disatukan atas kerana malu dan takut buat maksiat dihadapan Allah..

saya cuba bandingkan cinta pasangan bercouple dan cinta ini dan cinta selepas nikah....cinta pasangan bercouple penuh dengan kepalsuan dan lakonan. cinta ini ..penuh pengorbanan dan keikhlasan cinta pada landasan Illahi...pengorbanan nafsu ( haha padan muka nafsu )...cinta lepas nikah penuh dengan kasih sayang...

saya rasa tak de orang paham citer saya ni....tp saya bersyukur pada Tuhan, kerana melibatkan saya dalam ciretera indah ini....semoga ia menjadi bekalan semasa bertemu Mu, ya Allah.

25 April 2010

Taharah


Dengan nama Allah yang maha pengasih dan maha penyayang..

Konsep ibadah adalah suatu pendekatan kpd Allah dengan cara menundukkan diri dan merasakan kehinaan diiringi dengan perkataan, perbuatan, hati badan dan harta. ibadah terbahagi kepada dua
i. khas : terkandung dalam rukun islam
ii. am: setiap amal yg didahulukan dgn niat taat dan menntut keredhaan Allah.

"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada Ku" QS;al zariyat :56

Perbahasan pertama : Pengenalan taharah

1. bahasa : kebersihan dan penyucian

2. syarak : tiga perkara

a. bersuci daripada hadas :

taharah kubra ( bersuci besar ) digunakan untuk hadas besar: haid, junub, nifas, melahirkan
anak bagi perempuan.

taharah sughra :( bersuci kecil ) digunakan untuk hadas kecil : buang air kecil, buang air
besar, keluar angin.

b. bersuci daripada najis yang terdapat di badan, pakaian,atau tempat

c. bersuci daripada kotoran-kotoran yang keluar daripada badan seperti bulu ari dan kuku
jika ternyata menjadi penghalang bagi kesempurnaan bersuci atau penghalang daripada
kotoran-kotoran.

rujukan : Fikah Ibadat Mazhab Imam Syafii
Fiqh Ibadat al-Muyassar, Dr. Muhammad khalaf al-Qaz`al

21 April 2010

Cinta ku....

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang...

Sekadar perkongsian cerita...

Aku tidak kuat sebagaimana kalian menongkah arus dan dugaan kehidupan. Namun, aku pasti ada jalan keluar untuk ku dalam berperang dengan nafsu yang telah menelan kebanyakan remaja kini...Allah tolong selamatkan kami dari...menzalimi diri kami sendiri...

Mujahadah sebenarnya boleh kita lakukan dalam banyak cara, seperti tiru akhlak nabi ( sikit-sikit lama-lama jadi bukit ), tiru akhlak yang baik dari orang-orang sekitar kita hatta adik kita yang masih kecil pun boleh....contohnya dia tidak mudah simpan dendam, mudah memaafkan orang lain..mudah membahagiakan ornag lain....Allahu Allah.

kita juga boleh bermujahadah dengan penambahan ilmu. Pegang satu ayat sebagai prinsip dalam kehidupan...."aku tidak mahu bercinta kerana dalam buku tu tulis macam ni...."

tapi apa yang penting sekali, solat kita jangan sesekali culas, sambil lewa, lambat-lambatkan...sebab kalu kita jaga hak Allah....Allah akan jaga kita...mudah prinsip tu...

sebagai tambahan, kita kene selalu perhatikan keadaaan sekeliling kita, couple sebelum nikah tu dosa...cba kita tengok orang yg couple ...nauzubilllahimin zalik...buang duit, ( selalu sms ), buang masa ( x dapat timba ilmu, x dpt bezikir ), buat dosa ( pregnant, ) ........... so say x best to dosa.....dan jom kita jauh kan diri dari dosa...lari sekuat3x hati..

saya juga ad prinsip yg saya ambil dari buku yg saya suka sangat..dan alhamdulillah saya teguh setiap kali membaca prinsip saya....saya teguh semula bila dilanda hebatnya dugaan cinta...

" Juga selama di hayat ini, sampai Aku membuka purdahku dihadapan suamiku. Kuakui ada satu nama yang membuatku selalu bergetar bila mendengarnya, namun tak lebih dari itu. Aku tidak pernah berusaha merindukannya. Dan tak akan pernah kuizinkan diriku merindukannya. Karena aku merasa itu sia-sia. Aku tak mau melakukan hal yang sia-sia dan membuang tenaga.

Aku lebih memilih mencurah seluruh rindu dendam, haru biru rindu dan deru cintaku untuk belajar dan menggandrungi Al-Qur’an.

Telah kusumpahkan dalam diriku, aku tak akan mengulurkan tangan kepada seorang pemuda kecuali pemuda itu yang menarik tanganku. Aku juga tak akan membukakan hatiku untuk mencintai seorang pemuda kecuali pemuda itu yang membukanya. Bukan suatu keangkuhan tapi karena rasa rendah diriku yang selalu menggelayut di kepala."

20 April 2010

Tamadun Islam di Borneo


Assalamu`alaikum semua...segala puji milik Allah. Tuhan sekalian alam yang menguasai langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya ( di antara langit dan bumi ).

Perjalanan hidupku, InsyaAllah akan berakhir di bumi bintulu pada bulan Mei ini. Di bumi ini aku telah ditakdirkan untuk menjadi salah satu dari rantaian perjuangan yang telah lama disambung, aku tidak memulakan dan aku tidak mengakhiri, ape yang aku lakukan adalah memainkan peranan seoptimum mungkin supaya toghut dicabut dengan akar-akarnya sekali dan diganti dengan Islam.

Kelmarin, sewaktu di hadapan air terjun, salah seorang adik beradikku disini, mencurahkan segala kerisauan yang dibendung ketika itu, bagaimana, apakah, yang terjadi pada mereka sekiranya ketiadaan kami. Adikku yakinlah dengan janji Allah, kami hanya sebagai alat, letakkan tawakal mu pada Tuhanmu bukan pada kami. Adikku menyatakan hasrat hati untuk menetap dengan lebih lama disini, untuk membantu gerakan dakwah disini...itu sesuatu yang sangat terpuji. Aku juga ingin mewakafkan diri di sini, tetapi tanggungjawab ku pada keluarga dan juga tiada kebenaran dari keluarga, membantutkan keinginan di hati. Suatu hari nanti aku akan kesini dan mencipta pelbagai peluang demi tamadun Islam disini..insyaAllah.

Apa yang aku amati, bumi sarawak ini masih memerlukan para pendakwah yang ramai berbanding keperluan pendakwah di semenanjung, dan ini menyebabkan suasana dakwah di borneo seperi "gila kuasa"kata pemimpin muslimat disini , ini kerana setiap program, ajk kawasan akan menyapu habis jawatan kerana ketidak cukupan kader-kader, disamping itu masalah "ahli kongsi tidur" merupakan fenomena yang sangat menyesakkan jiwa. Masalah ini berikutan pendedahan dakwah dalam umur yang muda pada waktu lanjut usia...tiada kefahaman, semangat bermusim.

Masyarakat tempatan disini mudah terpengaruh dengan budaya Islam, hati mereka mudah tertarik, dengan fitrah Islam itu sendiri, kasih sayang, sejahtera, menyeluruh. Ada yang sanggup beruzlah ke tengah hutan belantara demi menyelamatkan kesucian islam dalam sanubari generasi mudanya dari dipermainkan mubaligh-mubaligh kristian.

Kebanjiran mualaf-mualaf ini tiada maknanya jika tidak melazimi perkara asas seperti solat dan menutup aurat. Perkara asas ini merupakan benteng teguhnya iman seorang mukmin. Realitinya kebanjiran mualaf-mualaf, dan ketidakcukupan ustaz-ustazah dan daie nyata tidak seimbang, dan akhirnya mereka beramai-ramai terjun murtad setelah beriman , munkin kerana kelabu mata dengan wang yang ditawarkan oleh mubaligh-mubaligh kristian, munkin juga tiang asas yang ditanam tidak berapa kuat masuk kedalam jiwa mualaf-mualaf ini. Saya teringat ucapan pemimpin di borneo beliau menyatakan

" sudi kiranya pihak muslimin dan muslimat dihadapan saya ini tidak meninggalkan borneo dalam 10 hingga 20 tahun akan datang demi perkembangan Islam di borneo. ia boleh diibaratkan papan yang menjaga tiang semen, sekiranya semen belum kering, papan tidak boleh ditanggalkan, sekiranya papan ditanggalkan ketika simen masih basah, binaan itu akan runtuh, hancur berkecai dan mengambil mase yang lama untuk di betulkan kembali.."

Dari sudut politik, satu undi juga mudah diperolihi. Saya ada seorang bapa angkat di ulu nyabau. terpampang jelas dacing disitu, tanda sokongan padu dirinya pada kerajaan yang kononnya jitu. setelah dirisik-risik, pangkah yang dibuat adalah kerana calon atau parti tersebut adalah merupakan satu-satunya orang Islam dan bangsa melayu di dalam senarai pencalonan. Nah, konsep mudah dinyatakan ciri-ciri utama yang menjadi tarikan penduduk di borneo ini adalah Islam dan diikuti bangsa melayu.

Taraf hidup yang amat daif menyebabkan generasi muda tidak menyambung pengajian sehingga ke peringkat lebih tinggi. Dan akhirnya terjadilah kelangsungan generasi kurang kepekaan dan daya fikir semakin membelenggu kehidupan masyarakat peribumi. Ini salah satu dari sel barah ciptaan Missionnary yang mungkin tajaan freemanson semakin ligat memusnahkan setiap unit sel saraf setiap kaum di bumi ini, kerana mereka menganggap bangsa lain selain yahudi adalah binatang. Halal darah untuk dibunuh.

Kesimpulannya, kunci kepada pembinaan tamadun Islam di borneo sebenarnya adalah penyebaran ilmu. ilmu dunia dan akhirat. Namun, kekurangan tenaga kerja dalam penyampaian ilmu sangat-sangat minima. Boleh la kiranya, daie diluar sana datang ke sarawak, kembali menyuburkan kembali sinar nur islam di bumi ini. Islam bukan sahaja memerlukan kita petah berkata-kata di pentas politik tetapi sentuhan hati kepada para sasaran dakwah agar terfikir olehnya "siapa Tuhan aku sebenarnya ? "perlu diambil kira. Peranan getaran hati ini adalah sokongan zikir dan fikir yang tuntas sekali.

19 April 2010

Hadith 1


makam nabi Muhammad saw.

Daripada Abu Zaid, iaitu Amr bin Akhthab al-anshari r.a., katanya : "RasuluLlah saw. bersembahyang subuh bersama ( berjemaah ) dengan kami, kemudian beliau terus naik ke atas mimbar dan berkhutbah sehingga sampai masuk waktu sembahyang zohor, kemudian beliau turun dari mimbar dan bersembahyang zohor ( bersama kami ). setelah selesai sembahyang zohor beliau terus naik lagi ke atas mimbar dan menyambung khutbahnya sampai masuk ashar, maka beliau turun dari mimbar dan bersembahyang ashar ( bersama kami ). setelah selesai sembahyang ashar beliau naik lagi ke atas mimbar dan melanjutkan khutbahnya sehingga tenggelam matahari. beliau memberitahu kepada kami apa-apa yang telah terjadi dan apa-apa yang bakal terjadi. maka sesiapa yang terpandai di antara kami, dialah yang paling banyak menghafalnya". H.R. Muslim

18 April 2010

Kisah mimpi seorang mahasiswa bertemu Rasulullah


Sedikit Renungan

Berkata Abu Salamah, "Telah berkata Abu Qatadah, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, sesiapa yang telah melihat daku dalam mimpinya, maka sesungguhnya dia telah melihat yang benar (al-Haqq).

Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Muhasabah: Mimpi pelajar UIA berjumpa Nabi Muhammad S.A.W

************ ********* ********* ********* ********* **

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. ..

Ya Allah..lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yg amat
berharga dr seorang insan yg dipilih Allah utk berjumpa Nabi Muhammad
s.a.w. melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427H bersamaan 10 0gos 2006.

Nama yg dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yg bermaksud
'kesayanganku' , jua gelaran Nabi pada puteri kesayangan Baginda,
Fatimah. Ketika khilaf memilih nama itu, ayah beliau mengharapkan
mudah2an suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara
kesayangan Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23
tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik.

Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya. Beliau
menghabiskan masa 3 tahun utk menghafal 30 juzuk Kalamullah ketika
berada di negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri utk memenuhi harapan ibu ayah yang mengharapkan ada dalam kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini utk menjadi contoh kpd adik2 yg lain. Setiap hari beliau hafal 2 mukasurat Al-Quran dan tasmi' dgn ustaz di sebelah rumahnya. Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah di universiti ini.

Akak ni memang diuji dengan sakit yg tak tahu apa punca sejak
lebih setahun yg lalu. Sakitnya rasa seperti ditikam-tikam dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sakit di bahagian lutut sejak 8 tahun lalu tidak pernah sembuh. Pernah satu ketika,selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya. Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tahu. Sudah lama beliau tidak terdaya ke kelas kerana sakit itu membuatkan dia tidak dapat berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga badannya susut hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu' 2 hingga 3 kali sehari. Wudhu' itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah sepanjang hari.

Hari2 yang dilaluinya dipenuhi dgn membaca Al-Quran dan qiamullail sebagai pendinding daripada gangguan yg terus2an menyakiti diri. Diceritakan makhluk2 halus itu akan mengganggunya terutama pada waktu sebelum Subuh, Zuhur dan Maghrib. Beliau telah banyak berubat di
merata tempat, berjumpa doktor2 pakar, malah ulama' yg faqih dalam ilmu perubatan islam serta akhir sekali bertemu sorang lecturer di sini. Tapi beliau hanya mampu bertahan. Pesan ustaznya, setiap kali beliau sakit, banyakkan baca Surah Al-Baqarah.

Pagi Khamis itu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab sudah terlalu lama tidak mampu ke kelas. Beliau bangun kira2 jam 4.30 pagi utk solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yg digagahkan, beliau ke bilik air
utk berwudhu' dgn memapah dinding dan segala apa yg mampu membantu
beliau untuk berdiri. Habis berwudhu', beliau jatuh tersungkur, rasa
seperti ada yg menolak keras dari belakang. Tika itu beliau sudah tidak mampu berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja di bilik, beliau ketuk pintu dan rebah di depan bilik tersebut. Disebabkan sakit yg mungkin dah tak tertanggung, dengan spontan beliau niatkan, "Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat drpd Rasulullah s.a.w. sendiri.."

Kemudian beliau pengsan. Sahabat2 sebilik mengangkat beliau ke
dalam biliknya dan di baringkan di sana. Waktu itu, sahabat2nya telah
pun 'forward message' pd rakan2 yg lain agar dibacakan surah Yasin
kerana beliau nampak sudah nazak. Malah mereka telah sedia dgn nombor2
ahli keluarganya utk dihubungi kiranya ada apa2 berlaku dengan izin
Allah. Kira2 jam 11 pagi itulah, ketika tertidur dgn tenang dalam waktu qailullah, beliau bermimpi. Beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dgn tangannya diqiam seperti dalam solat di suatu tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya.

Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dgn wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali, kira2 2 meter dari beliau. Wajahnya SubhanaLlah. ..indah sekali, tak dapat nak digambarkan. Beliau
tertanya2, siapakah orang ini? cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang dgn hanya melihat wajahnya. Dirasakan seluruh kesengsaraan yg ditanggung selama ini lenyap begitu sahaja. Kemudian, Hamba Allah itu mengatakan, "Assalamu'alaikum, ana Rasulullah.. " Subhanallah. .baginda Nabi rupanya! Nabi memakai jubah putih dan kain serban berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dgn jelas mata Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan "Enti fil masjidi" (kamu sekarang berada di masjidku, Masjid Nabawi).. Allahuakbar!

Kemudian Baginda Nabi s.a.w. berkata: QalAllahuta' ala;
"InnaAllahama' assobirin" (sesungguhnya Allah bersama orang2 yg sabar). Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah, terasa bergema suara merdu Nabi di seluruh alam. Sememangnya Baginda sebaik-baik kejadian dan diciptakan dgn penuh kesempurnaan. Nabi katakan (dalam lughahtul arab, tp diterjemahkan di sini) ; "Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dgn sakit yg enti tanggung selama ini, dan dgn berkat Al-Quran yg enti pelihara di dlm hati, maka Allah bukakan hijab utk enti nampak ana.." Ketika Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya "Ya Allah..Baginda kenal ummatnya!". Ya Rasulullah.. . Ketika itu, beliau dapat merasakan baiknya Allah, memberikan nikmat yg begitu besar buat dirinya.

Kemudian Nabi katakan lagi; "Sampaikan salamku buat sahabat2 seperjuangan Islam. InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti.." Nabi
s.a.w. kemudian melafazkan; "Ummati.. ummati..ummati. .." dan beliau
nampak jelas Nabi menangis saat itu. Beberapa titisan airmata Baginda yg suci mengalir utk ummat Baginda! Kemudian Baginda Nabi melangkah pergi. Beliau merintih, "Jangan pergi Ya Rasulullah.. " tetapi Baginda tetap pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dgn Nabi yg mulia, Baginda kenal dan sentiasa ingat akan ummatnya. Beliau sendiri tidak pasti, apakah Baginda menangis kerana rindu kepada ummatnya, atau mungkin saja baginda sedih dgn ummat akhir zaman ini? wallahua'lam. ..

Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya itu, beliau
masih dikelilingi oleh rakan2 yg turut terdengar rintihan beliau dalam
tidurnya "Jangan pergi Ya Rasululah... " Beliau kemudian menceritakan kpd para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam Rasulullah buat ummat Baginda. Semua yg mendengar menangis lantaran rindu pada Nabi. Rasa malu pada Nabi krn kita jarang2 ingat pada Baginda sedangkan kita amat terhutang budi padanya. Lebih2 lagi kita sedar bahawa hanya syafaat Bagindalah yg dikejar di akhirat kelak.

Ya Allah..ketika itu, tiada kata yg lebih tinggi drpd kalimah Alhamdulillah utk di rafa'kan pada Allah atas ni'mat yg begitu besar yg Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dgn ujian yg hanya sedikit berbanding insan2 yg lebih berat diuji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yg lebih tinggi dr Hamdalah, pasti akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yg melimpah ruah. Rasa sakit masih menular di tubuhnya. Cuma kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi utk kesakitan ini.

Usai solat Zuhur, rasa sakit yg ditanggung makin hebat. Tak pernah beliau merasakan sakit yg sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa ditikam pada setiap penjuru. Kalau dulu,
beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan, namun pada waktu itu
beliau pujuk diri utk tidak menangis. "Apa sangatlah sakit yg aku
tanggung ini berbanding nikmat yg Allah telah bagi utk melihat Baginda
Nabi s.a.w.."

Kemudian beliau tidur. Beliau terus rasakan berada di tempat
tinggi, tempat yg biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan "Ya Allah, apa lagi yg hendak Engkau berikan buat hambamu yg hina ni, rasa malu sangat dengan-Mu Ya Allah..." Kemudian dgn izin Allah, datang empat orang yg berpakaian serba hijau. Salah seorang daripadanya mengatakan; "Assalamu'alaikum Ya Syamimi..Rasulullah s.a.w. sampaikan salam buatmu. Kami utusan Rasululah..Nahnu khulafa'ar-rasyidin . Ana Abu Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin 'affan dan Ali.." Subhanallah. Saidina Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga2 sahabat yg mulia. Beliau nampak sendiri, Saidina Abu Bakr yg amat lembut perwatakannya, Saidina Umar dgn wajah tegasnya, Saidina Uthman yg cantik sekali dan Saidina 'Ali yg agak kecil orangnya.

Para Sahabat mengatakan; "Kami diutuskan oleh baginda Nabi utk
membantu enti.." Kemudian keempat2 mereka membacakan ayat 102 surah
Al-Baqarah yg bermaksud:

"Dan mereka mengikuti apa yg dibaca oleh syaitan-syaitan pada
masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yg kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut. Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan 'sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir.' Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu) apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) denagn isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dgn sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu.."

Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada
makhluk2 yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar. Subhanallah. .waktu itu terus terasa seolah2 tubuhnya yg sakit dahulu ditukarkan Allah s.w.t. dgn tubuh yg baru. Hilang segala kesakitan yg setahun lebih ditanggung beliau dgn sabar. Saidina Abu Bakr mengatakan;" Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar.." Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi meninggalkannya.

Selesai mimpi indah yg kedua ini, beliau bangun dr tidur dan
terus duduk. Rakan2 sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun dan duduk dgn mudah. Kemudian sahabat2nya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan alhamduliLlah. .dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan d sekitar bilik. "Ya Allah, penyakit ana dah sembuh.." Semua sahabat yang ada di situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk berwudhu'. Dengan tubuh yang 'baru', beliau sujud syukur pada Allah s.w.t. "Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat diriku menjadi hamba-Mu yg bersyukur atas nikmat yg telah Engkau berikan.."

Beliau berpesan pada kami; "Adik-adik, wajarlah para sahabat
Nabi yang mulia sanggup mati demi mempertahankan Baginda. Akak yang
diberi rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup
berpisah dengannya. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah
pada Allah dan mengenang wajah Nabi yg mulia. Tapi menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita atas muka bumi Allah ini, maka hidup mesti diteruskan. Sekarang ini hati akak tenang sangat..kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik2 dapat merasakan betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan , mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakan, tak rugi kita bersabar..."

Keperibadiannya indah. Cerminan al-Quran katanya 'Aisyah ra.
Dari semua aspek kehidupan, diperagakannya hanyalah kesyumulan. Allah
mengajar manusia berkehidupan di muka bumi ini melalui baginda. Menuruti sunnahnya adalah pahala. Kasih sayangnya tiada bertepi, dari yang kecil hingga yang tua, dari hamba hingga ke bangsawan, dari dulu sampai sekarang, hingga ke akhirnya.. Dialah peribadi unggul sepanjang zaman. Mencintainya suatu kemuliaan...

Pernah suatu ketika Rasulullah berkumpul didalam satu majlis
bersama para sahabat. Tiba-tiba bergenang air mata baginda s.a.w. Para
sahabat gelisah melihat sesuatu yang tidak mereka senangi di wajah
Rasulullah saw. Bila ditanya oleh Saidina Abu Bakar ra, baginda
mengatakan bahawa terlalu merindui ikhwannya.. Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah saw, "bukankah kami ini ikhwanmu?" Rasulullah menjawab, "Tidak, kamu semua adalah sahabatku.. ikhwanku adalah umatku yang belum pernah melihat aku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku. .. Aku sangat rindu bertemu dengan mereka.."

Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat- Nya bershalawat untuk
Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan
ucapkanlah salam penghormatan kepadanya (al-Ahzab:56)

p/s: sungguh...berderaia n air mataku mengalir..daku rindu akan dirimu..Ya Rasulullah!( kisah ini dinukilkan oleh sahabat Syamimi hasil pengalaman benar yang telah dilalui..pernah disebarkan melalui e-mel & blog sebelum ini..)

sesungguhnya, ana sangat bersyukur kerana dilahirkan didunia ini
sbgai ummat nabi Muhammad S.A.W...banyakkan lah berselawat dan mendengar zikir..insyaAllah kita semua akan mendapt syafaatnya di Akhirat kelak..wallahu' alam..(*_ *)

Nota: Orang2 yang bijaksana itu mengambil i'tibar, justeru, ambillah pengajaran kisah ini.