mari bertasbih bersama-sama saya

26 May 2010

Penglibatan Mahasiswa Sah - Izzah Anwar

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar membantah sekeras-kerasnya pendakwaan 4 orang mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berhubung pendakwaan terlibat dalam kempen pilihanraya kecil Hulu Selangor baru-baru ini.

Beliau menegaskan, selaku rakyat Malaysia. mahasiswa berhak mengikuti dan terlibat dalam perkembangan politik serta isu semasa di negara ini, tambahan pula mereka yang didakwa, merupakan penuntut jurusan sains politik di universiti tersebut.

4 mahasiswa itu didakwa di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) UKM atas pertuduhan melakukan kesalahan menyalahi undang-undang seksyen 15(5)(a) Akta Universiti dan kolej Universiti 1971 ekoran terlibat dalam kempen pilihanraya kecil Hulu Selangor.

Menurut beliau lagi, selaku individu yang layak mengundi, penglibatan mereka juga adalah sah dan diiktiraf oleh Perlembagaan Persekutuan dan selaras dengan semangat demokrasi yang menggalakkan penglibatan rakyat dalam proses pembuatan keputusan dan pilihanraya tanpa membeza-bezakan rakyat berdasarkan umur.

" Saya menyeru pihak universiti menggugurkan dakwaan ke atas mahasiswa dan menghormati hak mereka untuk berpolitik dan terlibat dalam proses demokratik negara ini.

" Oleh itu saya turut menyeru agar AUKU 1974 dimansuhkan dan undang-undang yang dapat melindungi hak dan kepentingan mahasiswa di kampus turut digubal," katanya.

Nurul Izzah juga berharap peranan mahasiswa sebagai agen perubahan harus diiktiraf dan tidak disekat oleh kerajaan kerana mereka merupakan suara dan nadi masyarakat.

No comments:

Post a Comment