mari bertasbih bersama-sama saya

01 June 2010

Segera putuskan hubungan malaysia - israel

Berikutan serangan Rejim Israel terhadap konvoi misi kemanusiaan ke Gaza, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mendesak kerajaan Malaysia segera memutuskan hubungan dengan rejim ‘pengganas’ Israel.

Pengerusinya, Shazni Munir Mohd Ithnin dalam laman sosial Facebook menyatakan pendirian menggesa kerajaan Malaysia untuk agresif, proaktif & mengambil langkah berani untuk menangani isu serangan Israel ke atas rakyat Malaysia di perairan Gaza.

“Mahasiswa mendesak kerajaan Malaysia tidak hanya sekadar stereotaip dengan berpendirian ‘mengutuk sekeras-kerasnya’ & ‘kami akan bertindak’ dalam hal ini” tegasnya.

Mengulas hal ini, Mohd Ridzuan Othman selaku Setiausaha Gerakan yang mewakili solidariti mahasiswa itu berkata mahasiswa menggesa agar kerajaan Malaysia segera memutuskan hubungan dengan Israel.

“Sewajarnya Kerajaan Malaysia segera membatalkan kontrak di antara Malaysia dan International Advisory Council (APCO) yang merupakan konsultan yang mempunyai kaitan jelas dengan Israel.” ujarnya.

Beliau dalam kenyataannya menyebut bahawa hubungan Malaysia-Israel ini menunjukkan bahawa Malaysia dalam diam ‘mengangguk’ sahaja melihat siri kekejaman yang dilakukan oleh Israel.

“Hubungan ini berpotensi menjejaskan aspek keselamatan negara dan juga menjejaskan nama baik negara. Israel dengan tindakannya tempoh hari secara langsung menguatkan lagi tanggapan buruk masyarakat dunia terhadap mereka.”

“Adakah Kerajaan Malaysia menanti untuk diserang baru mereka akan memutuskan hubungan dengan rejim pengganas tersebut?” soalnya.

Dalam pada itu, 20 mangsa yang meninggal dunia masih belum dapat dikenalpasti. 12 rakyat Malaysia termasuk 2 orang wartawan Astro Awani sehingga kini gagal dihubungi. -Mahasiswakini

No comments:

Post a Comment